Selasa, 26 Oktober 2010

Buat mereka yang mengaku Muslim Haraki

Assalamualaikum,

Menjadi muslim haraki ada perkara yang indah.
Haraki bermaksud 'gerakan' atau 'pergerakan'. Gerakan ini sentiasa mengalir didalam arus peradaban manusia.
Membawa syiar Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah di tengah-tengah peradaban kehidupan manusia itu.
Bermatlamatkan dakwah serta dipandu oleh siasah mengikut siasah syar'iyah. Suatu usul fiqh yang boleh berubah mengikut waqi semasa tetapi masih berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Menjadi muslim haraki bermaksud kita telah mencampakkan diri kita ke lapangan manusia. Ditengah-tengah jutaan manusia, disitulah kita memulakan gerakan kita. Didalam kalangan jutaan manusia, kita berusaha agar kita dikenali mereka, agar senang kita untuk melaksanakan gerak kerja yang berteraskan dakwah. Siasah terus membawa kita menyelusuri jalan-jalan yang berliku didalam gerombolan jutaan manusia itu. Dakwah menjadi sandaran utama pergerakan siasah ini.

Bahtera ini punyai musuh.
Dalam melayari bahtera dakwah ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan dari musuh yang menimpa. Ana yakin, sahabat/sahabiah boleh menyerap sebanyak mungkin cabaran dan dugaan yang menimpa. Kerana kita sudah ditarbiyah agar menjadi 'tegar' ketika menghadapi ujian musuh. Dalam usrah-usrah kita juga menerapkan elemen-elemen pejuang yang tahan lasak. Boleh dikatakan, kita amat menyukai cabaran-cabaran dari musuh. Bahkan kita semakin suka bila semakin ditekan. Itulah muslim haraki acuan tarbiyah islamiyyah.

Ditengah-tengah ujian yang melanda, kehadiran yang semakin dikenali oleh jutaan manusia, gerak kerja dakwah yang semakin berjaya dan petanda-petanda kemenangan semakin hampir.

Namun, kita terlupa sesuatu...
Populariti yang kita perolehi,n ama kita semakin meninggi dan terpapar dikaca tv, surat khabar, website dan sebagainya. Kita terkenal. Kita berbangga-bangga dengan kedudukan kita itu.
Ujian musuh yang menimpa kita, membuatkan kita semakin mencanang-canang ujian itu kepada sahabat/sahabiah. Muslimin bercerita kepada muslimat, muslimat bercerita kepada muslimin. Harapannya, agar kita memperoleh simpati daripada mereka dan menampakkan bahawa kitalah muslim haraki yang sebenar. Mampu menerima cabaran musuh.
Selain itu, kita juga menceritakan perihal gerak kerja yang kita lakukan. Asalnya dalam percaturan siasah, kita lakukan sedemikian agar dakwah kita semakin meluas. Tetapi lain pula jadinya. Kita menceritakan perihal gerak kerja kita kerana ingin memberitahu dunia bahwa kitalah yang melakukan kerja ini. Matlamat percaturan siasah telah kita nodai.

Malangnya, kita sudah sudah terleka dengan gerak kerja sbg muslim haraki acuan dunia.
Kita asyik dengan ujian dan cabaran dari musuh dikalangan manusia, walhal kita lupa.
Bahwa musuh kita sebenar ialah syaitan.
Sememangnya syaitan tidak pernah melepaskan kita hatta kita ini ulama' yg besar, inikan pula hanya seorang muslim haraki yang kerdil.
Tipu daya syaitan begitu hebat. Dalam melakukan gerak kerja dakwah, kita bermaksiat kepada Allah.
Kita sudah leka dengan muslim haraki acuan dunia...

Kembalilah kita ke alam haraki yang sebenar.
Jadilah:
Muslim haraki yang cintakan akhirat,
Muslim haraki yang menganggap dunia sebagai permainan hidupnya.
Muslim haraki yang mampu mencaturkan pergerakan dunia kearah taqwa kepada Allah.
Muslim haraki yang mengharapkan balasan syurga Allah.

Carilah tarbiyah yang 'solid' dari orang yang sepatutnya ataupun murobbi-murobbi Harakah ini. Seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Ust Yahya Othman...
Bertemu dan menuntutlah dengan mereka, nescaya kita akan ketahui perihal sebenar seorang muslim haraki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan