Khamis, 27 Mei 2010

Khas utk sahabatku: Perkahwinan

Salam Pencerahan!

Pernikahan

Pernikahan adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada laki-laki dan perempuan dengan kadar yang sama dan berimbang, ia adalah wujud kecintaan, kasih sayang, mementingkan pasangan, saling memberi dan menerima, hal itu terbaca jelas dalam firman Allah Subhanahu waTa'ala.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. ar-Rum: 21).

Ciri-ciri suami dan isteri yang dituntut dalam Islam

Suami:
1. beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
2. bertanggungjawab terhadap semua benda
3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
4. berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
5. tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
6. rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga

Isteri:
1. beriman & solehah
2. rupa paras yang cantik dan elok
3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
4. menentukan mas kahwin yang rendah
5. wanita yang subur
6. masih dara
7. berasal dari keturunan yang baik
8. bukan keturunan terdekat

Ingatlah sahabatku
,

Didiklah isterimu dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

Ingatlah sahabatku,


Allah menjadikan kaum hawa ini berbeza dengan kaum Adam.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.

Tribute for...

Istimewa buat sahabat seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam...

Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah...

Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya...

Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam, Keluarga Islam, Masyarakat Islam...

Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup...

Khasnya buat sahabatku bernama Mohd Zul Amirul Izwan Mat Derasih yang akan melangsungkan pernikahannya pada esok hari (28 Mei 2010)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan