Rabu, 24 Mac 2010

Ada satu cerita lawak di PERLIS

Salam Perjuangan,

Semalam lepas saja aku balik dari kampus, aku pun buka la blog aku ni. Just nak tau berita-berita yang berlaku kat luar. Ada berita yang menarik yang berlaku kat Perlis.
berita mula-mula:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam. Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta. Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya. -malaysiakini-

Lepas tu aku terbaca lagi satu berita:

BN Perlis masih berusaha memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn supaya menarik balik peletakan jawatannya bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.
"Yip masih lagi ADUN Titi Tinggi dan kita masih lagi memujuknya," kata Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat hari ini.
"Kita tidak mahu pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini
.

Ni berita yang paling last aku baca pasal isu ni:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.
Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.


Nak tergelak aku baca sinopsis cerita kat Perlis ni. Dah macam cerita kush kush hota hai...dua kekasih yang putus chenta.

Kata awek cun.
"I nak clash dengan U! I benci U!".

Pastu marka (kekasih) dia datang memujuk,
"Yang, maafkan abang ye! abang janji tak main kayu tiga mahupun kayu api lagi ye. Yang la perempuan yang paling abang sayang..."

Pastu bapak awek tu pun kata,
"anak saya xda apa masalah, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kasih-kekasih."

Aku tak mau ulas panjang, just nak gelak je...kahkahkah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan