Sabtu, 25 Julai 2009

Bangkit wahai pemuda-ku


“Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.”-Generasi Pemuda & Perubahan-

Petikan ini ku kutip dari risalah yang dikeluarkan oleh seorang ulama’ mujtahid yang baru sahaja bertemu kekasihnya yang Abadi, Arwahyarham Ustaz Fathi Yakan. Beliau bertemu Ilahi tatkala medan lapangan dakwah ini sangat memerlukan keringat seorang mujahid sepertinya.

Kata-katanya dalam risalah ini cukup membuat diriku teruja dengan zaman muda-ku. Antara lontaran ideanya yang dimuatkan dalam risalah ini ialah:
“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
• Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
• Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang;
• Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;
• Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”

Zaman muda kita hanya sekali, ianya tak akan berulang dua atau tiga kali. Oleh itu sahabat-sahabat, gunalah zaman muda-mu itu sebaik-baiknya. Jalan Islam amat memerlukan
• Semaksima sumbangan diri
• Kudrat se’infiniti’
• ideologi ber’revolusi’
• cita-cita menjulang tinggi
• pengorbanan sejati
• dan darah gemuruh yang sentiasa menerujai hati

Semua ini hanya dimiliki oleh golongan yang bernama pemuda!
Ingat sahabat-sahabat, dunia Islam sedang menanti kita diluar sana. Terjunlah kalian didalam bahtera itu, kerna perlabuhan bahtera itu menjanjikan kemenangan yang SEJATI!
-Wallahualam-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan