Selasa, 8 Jun 2010

ALLAH amat sayangkan kita dan sentiasa memelihara kita

Salam.
Moga Allah rahmati kita.

Bermula sebuah cerita

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan h risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkahmenghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.



Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

ALLAHUAKBAR!

:)

Isnin, 7 Jun 2010

Tribute 4 Palestin

Salam.
Binasakan yahudi!

Daripada Hadith

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Akan ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali dapat melukakan mereka. Mahupun kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah dan mereka akan tetap sedemikan."


Dan sahabat bertanya,"Siapakah mereka ini???"

Ahad, 6 Jun 2010

Kembara Pantai Timur: Part Two

Salam.
Binasakan Yahudi!

Sekali lagi, tujuan artikel saya ini hanyalah ingin berkongsi pengalaman yang saya alami sepanjang cuti ini sahaja. Kali ini sambungan kepada 'Kembara Pantai Timur: Part One'

Catatan

ii.) Meninggalkan Kota Bharu

Selepas dari meninggalkan kuliah jumaat tersebut. Aku bergegas ke hentian bas di tengah-tengah bandaraya Islam tersebut. Ada seseorang yang sedang menunggu aku. Sudah lama dia menunggu.

"Salam, Wei hang ada kat mana la ni? aku dah ada kat hentian bas yang hang cakap tu."

"Aku ado kat sini, mu kaleh kat belake mu...aku kat belake mu." balas individu tersebut.

Bila aku mengalih pandanganku ke belakang, aku melihat kelibat seseorang yang sedang melambai-lambai dan tersenyum kepadaku, aku seperti pernah kenali riak wajah dan susuk tubuhnya. Ya! memang sah dia. Hatiku turut mengiyakan ingatanku ini.

"Mus, lama tak jumpa hang. Dah dekat 3 tahun kita tak jumpa. Dah makin berisi hang ni..hahaha"

"Samo la denge aku, lamo dok jumpo mu. Mu la, busy sokmo. Hari tu aku gi tempat mu, mu x dok. Oghe kuat nih! Mano ado berisi, steady lagi nih!" jawabnya.

"Hang nak bawa ku pi mana ni?"

"Mu ikut jo, jange banyak soa.. Kito gi memine oghe kelate, nok?" balas sahabatku itu.

"Nak pi meminang sapa? untuk hang ka? Tak sangka aku..."

"Untuk aku? untuk mu la...kalau mu kawen denge oghe sini, nanti boleh kito jumpo sokmo." balas sahabatku sambil tersengih-sengih.

"Hang biasa makan selipar asadi size 8? hahaha..."

Sahabatku itu membawaku menuju ke Kubang Kerian, kata dia rumahnya terletak di situ. Dia mengajak aku berehat dahulu di rumahnya. Macam tahu-tahu je yang aku ni dah penat...hahaha. Bagus betul member-member aku ni. Selepas selesai kami berdua membersihkan diri dan berehat di rumahnya itu, kami meneruskan lagi perjalanan kami. Ini baru permulaan perjalanan.

iii.) Perjalanan bermula

Kami menuju ke rumah sahabat-sahabat yang lain, kata sahabatku ini ada dalam 3 orang lagi sahabat kami yang akan ikut sekali. Selepas cukup ahli rombongan, kami terus menuju ke Pasir Putih. Rupa-rupanya ada lagi ahli rombongan yang lain sedang menunggu kami disitu. Wah! macam meriah je rombongan aku ni...

Sampai sahaja di Pasir Puteh, kami menelefon ahli rombongan yang sedang menunggu disitu, akhirnya kami berjumpa juga dengan mereka. Perempuan rupanya, aku ingatkan siapa la tadi. Aku macam kenal mereka, tapi sekadar kenal rupa dan nama saja. Dah lama aku tak berjumpa dengan mereka. Rasa-rasanya dekat 3 tahun juga, sama seperti sahabatku yang tadi.

Selepas itu kami terus menuju ke daerah Besut. Tepat jam pukul 1.15 tengahari, kami sampai di masjid Besut dan akan bersolat jumaat disitu. Masjid Terengganu Bestari, tapi sudah tak ada lagi perkataan atau ungkapan Islam Hadari. Biasa la, bila dan turun takhta ni memang orang akan lupa. UMCO la katakan...hahaha.
Di masjid itu merupakan check point terakhir kami untuk perjalanan ini.

Sampai saja disitu, aku terserempak dengan 4 orang sahabat ku yang lain. Mereka datang dari Kuala Lumpur. Wah! semakin meriah rombongan kami kali ni.

iv.) Kemuncak Misi Utama

Selesai sahaja solat jumaat, kami terus mencari seseorang. Kami mencari beliau kerana beliaulah yang paling bahagia pada hari berkenaan. Kami dikhabarkan dia juga bersolat di masjid yang sama.

"Hah, tu dia pengantin kita!", kata seorang sahabatku.

"Geng, Get the position! Tangkap dia...Jangan bagi dia lari!", balas sahabatku kedua.


Yang pakai baju melayu lengkap itulah pengantinnya...

Apa lagi , riuh la kawasan masjid tu dengan telatah-telatah kami. Al maklumlah, sudah lama tak berjumpa.

Percaturan yang diatur, akhirnya bersama percaturan Allah. Perpisahan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di institusi pengajian dahulu akhirnya bertemu jua. Tiga tahun masa berlalu, masing-masing menampakkan perubahan diri kearah yang lebih baik.
Yang dahulunya low profile, sekarang menjadi high profile...
Yang dahulunya hanya askar, sekarang menjadi general perang...
Yang dulunya ahli biasa persatuan, sekarang menjadi Presiden persatuan...

Tapi, ada juga yang tak berubah. Statik saja. Kalau berubah pun, bukan berubah ke arah lebih bagus tapi ke arah yang tak tentu arah (faham ke ayat ni?).
Akulah orangnya, siapa lagi? hahaha...

Sebenarnya antara tujuan aku menjejak kaki ke negeri Pantai Timur ini ialah untuk memenuhi jemputan undangan walimah sahabat ku di daerah Besut ini.

Arigato hozaimas

Terima kasih kepada Meor kerana sudi panggil kami untuk makan kenduri.
Selamat Pengantin Baru!!!

*sorry our friends, ayat gua tak berapa cantik la...kena praktis banyak-banyak lagi ni, baru la puitis sikit ayat-ayat gua ni.

Jumaat, 4 Jun 2010

Kembara Pantai Timur: Part One

Salam.
Binasakan Yahudi!

Posting kali saya sekadar ingin berkongsi pengalaman ketika mengembara di Pantai Timur pada 27 Mei hingga 29 Mei yang lalu.

Catatan

i.) Sepagi di Kota Bharu

Jam 5 pagi 27 Jun, aku tiba di bandaraya Islam, Kota Bharu. Aku telah mengetahui bahawa kedatangan aku di bandaraya islam ni tidak akan dijemput oleh mana-mana penduduk disini. Lagipun aku sudah biasa dengan bandaraya Islam ini. Boleh dikatakan hampir setiap tahun pasti aku akan menjejak kaki disini. Ada saja kerja aku disini.

Sementara menunggu waktu Subuh, aku habiskan masa dengan melepak di tengah-tengah bandaraya islam ini. Sunyi sepi bandaraya islam ini, hanya kedai 7 Eleven dan restoran Mc Donald sahaja yang masih menjalankan operasinya. Inilah faktor-faktor pemilik syarikat dari kaum yahudi boleh maju, pandai cari peluang. mesti ada yang tertanya, "kenapa tak solat sunat saja?". Tak boleh nak solat sunat, sebab masjid atau surau disitu belum lagi dibuka pintunya.

Selepas solat subuh di surau bersebelahan Pasar Siti Khadijah, aku berehat sebentar. Tiba-tiba aku terima panggilan dari seorang sahabatku, F. Dia tengah latihan mengajar di Pasir Mas.
"Syeikh, demo dok mano lo ni? ana doh ado kat tepi Pasar Siti Khadijah nih." , tanya beliau.
"Ana kat surau ni, sebelah tu ja..." jawab aku.
"Keluar la, jom kita gi makang. Ana belanjo demo...", balas beliau dengan loghat Terengganu yang agak yang agak pekat.
Aku cukup suka kalau ada orang belanja. Hahaha...

Kami sarapan di warung yang bersebelahan dengan khemah kuliah jumaat di perkarangan pejabat perhubungan PAS. Tengah dok makang bersamo budak Ganu nih, tibo-tibo datang seorang pok chek ini. Dio nok tumpang duduk sekali semejo dengang kami, sebab mejo hok laing doh penuh dengan orang. Pok chek ni datang dari Pasir Tumboh, ghoyaknya dia berniago kat kawasang sini jugo.
Apa pasal aku pun kecek Ganu plak ni?
Terikut-ikut dengan budak Ganu sorang ni la...hahaha.
Bukan apa, nak ambik hati dia sebab belanja aku sarapan pagi..hahaha.


sebelum kuliah bermula

Selepas sarapan, kami mengambil tempat di khemah sebelah warung tadi. Get ready to learn something. Jam menunjuk pukul 8.30 pagi. Sesi kuliah jumaat pertama oleh seorang ustaz. Aku tak kenal ustaz ni, budak Ganu ni pung dok tahu. Selesai saja kuliah sesi pertama, pukul 9.30 pagi tiba pula seorang ustaz yang lain pula. Dari jauh aku perhatikan ustaz kedua ni berjalan menuju ke pentas kuliah jumaat. Ustaz itu tua, tubuhnya kecil, berserban, berjubah putih, siap ada pengawal lagi. Hebat betul ustaz ni.

Bila beliau berada dekat dengan tempat aku duduk,
Aik? Macam Menteri Besar Kelantan ja?


Menteri Besar Kelantan sedang mengambil tempat

Buat apa dia datang sini?
Pergi la pejabat kerajaan negeri ka,
tak pun breakfast dengan kontraktor projek ka,
tak pun pergi main golf dengan para menteri kerajaan negeri ka,
tak pun pergi bercuti di luar negara kat Paris atau Roma @ New York...

Menteri Besar bagi kuliah. Layan je la...
Sedap pula kuliah Menteri Besar ini, ada elemen-elemen tasauf, haraki dan siasah. Jarang nak jumpa ustaz yang boleh kuasai perbagai elemen dalam ilmu Islam ini.
Ada yang hebat dalam tasawuf, tapi haraki dan siasah lemah...
Ada yang hebat dalam haraki, tapi tasawuf dan siasah lemah...
Ada yang hebat dalam siasah, tapi tasawuf dan haraki lemah...
Ada yang tidak tahu langsung dalam ilmu haraki, tasawuf dan siasah...aku la orangnya. huhuhu...

Aku pelik, kenapa Ketua Menteri negeri aku tak pernah bagi kuliah macam ni?
Tak boleh jadi ini, mana boleh kalau macam ini. Balik kat negeri aku nanti, aku nak buat memorandum yang mendesak agar Ketua Menteri negeri aku juga mengadakan kuliah macam ini. Dan Ketua Menteri negeri aku ni mesti bagi kuliah juga.

Eh lupa pulak, negeri aku ni Pulau Pinang. Ketua menteri aku ni bukan muslim. Mangkuk ayun jugak aku ni...hahaha.
Tapi walaupun Ketua Menteri aku ni bukan muslim, tapi dia antara supporter program-program agama di negeri aku ni. Antara kempen-kempen yang beliau sendiri jalankan ialah kempen "Amal Makruf dan Nahi Mungkar" serta kempen "Satu Rumah, Satu huffaz".
Menteri Besar kat negeri lain bagaimana pula?

Di penghujung kuliah tersebut, aku menerima satu sms dari seseorang. Dia ingin berjumpa dengan aku, katanya dia sedang menanti aku di suatu tempat. Minta cepat.
Selesai kuliah dari Menteri Besar tersebut, aku pun bergegas ke perhentian bas di tengah bandaraya Islam. Budak Ganu ini pun nak ikut aku jugak, dia takut aku tersesat kat dalam bandaraya Islam ini. Aku menolak, aku tidak mahu menyusahkan dia. Lagipun aku dah sinonim dengan tempat ini. Tapi dia nak hantar juga, ikut hang la...

Sampai sahaja disana, ternyata ada seseorang sedang menunggu aku disana...
Siapakah 'seseorang' itu?
Kepada yang selalu jeles dengan aku, jangan jeles na...hahaha

Thanks

Terima kasih kepada sahabatku F, si budak Ganu. Kerana sanggup datang menjemput saya pagi-pagi buta lagi walaupun dari Pasir Mas. Siap belanja sarapan untuk saya dengan Pok Chek yang dok semeja dengan kami tu. Dia lah orang pertama yang me'respon' sms dari saya ketika saya sampai di bandaraya Islam tersebut. Sejak pukul 5.30 pagi dia reply sms dari saya. Hebat betul ukhwah yang ditunjuk dan layanan yang diberi, walaupun beliau bukan dari negeri tersebut...
Syukran ya akhi, semoga Allah membalas layananmu terhadapku itu.

Rabu, 2 Jun 2010

Rehatkan minda: mengimbau zaman tadika

Salam.
Binasakan Yahudi.

Pening kepala sejak seminggu dua ini. Mungkin disebabkan terlalu banyak perkara-perkara yang bermain diminda ini.

Ditengah-tengah keserabutan ini, apa kata kita kurangkannya dengan tekanan ini dengan video lagu 'Tanya Sama Awan'. Lagu yang sering saya nyanyikan ketika di TADIKA dahulu.



Teringat zaman kecik-kecik dulu...
Ada pertandingan mewarna, pertandingan melukis, isi air dalam botol, lari dalam guni.
Indahnya zaman itu...

Kalaulah diberi masa untuk kembali ke zaman silam.........

Selasa, 1 Jun 2010

Boikot barang Israel: Tindakan sekecil-kecil iman

Salam.
Binasakan Yahudi!

Mari kita menghidupkan semula kempen boikot barangan Israel.



Barcode barangan Israel

barcode untuk barangan Israel ialah 729++++++++++

Boikot kembali?

Mesti yang ada bertanya,
"kenapa baru sekarang kita nak timbulkan balik kempen ini? Bukan ka sebelum ini dah kempen?"

Jawabnya,
"Manusia ini insan, yakni lupa. 'FAZAKKIR' sentiasa lah kita mengingati, bukannya berapa banyak kita memperingati".

Wallahualam.

Binasakan Yahudi

Isnin, 31 Mei 2010

UMNO ketinggalan dalam mengecam tindakan Rejim Zionis

Salam.
Binasakan Yahudi.


PAS menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika esok.

Tengahari esok pihak PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Himpunan sejuta umat menentang kekejaman rejim zionis pada 4 Jun ini anjuran PAS



Himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujar Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor

Beliau juga menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.

Dimana UMCO?

Sehingga waktu sekarang (10.33 pm, 31 Mei 2010), saya masih lagi belum mengetahui tindakan-tindakan kerajaan terhadap isu ini. Bukan itu juga, malah untuk menjumpai kenyataan-kenyataan rasmi dari mana-mana wakil kerajaan atau dari UMNO/Barisan Nasional pun tak ada. Yang ada hanyalah kenyataan peribadi dari Tun Mahathir di berita harian online. Syabas Tun Mahathir, itu pun mungkin disebabkan sudah tidak mempunyai jawatan.

Soalnya, dimanakah perginya pemimpin-pemimpin negara yang saya sayangi ini?
Bukankah media begitu rapat dengan mereka?
Bila-bila masa sahaja mereka boleh memanggil media untuk mengadakan press statement.

Gua mengulas...


Nak tahu sebab apa?
Sebab APCO kan penasihat kepada kerajaan Malaysia...hahaha
APCO ni dari Israel!
Tak kan orang bawah nak lawan penasihat kut?
Nanti kalau penasihat lari, nak cari khidmat nasihat dari siapa lagi?
Lembu? tak pun kambing?

Lagi satu,
Puak-puak tu sekarang tengah sibuk dengan kes-kes lucah, sebab kes Anwar Ibrahim sedang dibicarakan hari ini.


Adoyai...Malaysia oh Malaysia

GEMPAR!: Video komando rejim laknatullah menyerang kapal misi kemanusiaan

Salam.
Binasakan Yahudi.

Disini saya link'kan video apa yang berlaku di atas kapal misi kemanusiaan ke Qaza. Serangan berlaku pada pukul 5 pagi ditempat kejadian bersamaan pukul 10 pagi waktu Malaysia.

GEMPAR!: Israel menyerang Kapal bantuan kemanusiaan Gaza (LL4G)

Salam.
Pencerahan!

(dah tak letak Salam Pencerahan, sebab ada orang kata ni bidaah. So, untuk mengelakkan ianya mejadi isu, lebih baik tukar trademark...)

Kekejian rezim Zionis Israel kembali berlanjut. Ancaman militer Israel yang mengugut akan menyerang armada kapal Freedom Flotilla yang membawa misi LL4G ternyata benar-benar dibuktikan oleh Israel.

Setelah konvoi Freedom Flotilla menunaikan solat Subuh, komunikasi satelit dari kapal konvoi terputus selama satu jam dan setelah kembali berkomunikasi, diberitakan dari live streaming IHH bahawa 10 orang telah meninggal dan hampir 50 orang cedera terkena tembakan serangan dari helikopter Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban, meninggal dan tercedera.
Rejim Israel juga telah menghantar team komando untuk menyerang kapal-kapal tersebut.



Guan nk mengulas...ada kaitan sikit dengan UMCO!

Sedang masyarakat dunia sibuk mengkritik dan semakin menyampah dengan tindakan Israel, Malaysia pula mengambil Israel menjadi penasihat negara ini dalam sektor ekonomi, politik, pertahanan dan sebagainya.

Jahilnya!!!

Ahad, 30 Mei 2010

Senarai Menteri yang ingin digugurkan oleh bloggers UMNO

Salam Pencerahan!

Malam ni saya ada terbaca salah satu blog pro-UMNO, posting terbaru beliau adalah berkaitan menteri-menteri yang ingin digugurkan di dalam kabinaet Malaysia:



Gua mengulas

Lantak hangpa la nak gulingkan sapa pun. Yang penting gua nak gulingkan UMCO!